Gaji atau pangkat?… persoalan pokoknya… tapi bagaimane kalau ilmu, kepuasan diri dan mengikut kate orang tua?…
Mane pilihan yang patut dipilih?…
Haha… aku saje bermain kate walaupun tak pandai nak berkias kate… dulu mase belum dapat kerja… Orang Tuh selalu pesan… jangan pilih kerja… pape kerja.. sebat jer… asalkan kau bekerja… itu adalah satu visi, shortterm untuk seseorang memulakan kerjaya mereka.
Kesukaran untuk mula menapak dalam alam pekerjaan semase ekonomi tengah tunggang langgang adalah satu cabaran… ke-sepuluh kalinye… aku pergi temuduga die merata tempat, terutama sekitar Kuala Lumpur… malah, aku rase dah lebih dari sepuluh kali aku pegi interview… kenape sampai sepuluh malahan lebih?… antaranye sebab… aku tak ikut kate Orang Tuh… misi aku satu, longterm experience… ya, aku memang degil… tapi degil aku, aku nak cube diri aku sampai tahap mana…
Ringkasannya, aku bekerja di sebuah syarikat swasta, bukan lah syarikat yang multinasional… tapi cume syarikat orang melayu… kebiasaan datang pejabat antara 8.30 – 9 pagi… tapi, kebiasaan orang yang telah lame bekerja di syarikat tersebut, masuk kerja pagi adalah pkul 9.30 – 10 pagi…. waktu rehat dan waktu balik, anda boleh la bayangkan sendiri… apa yang penting?… kerja siap…
Agak flexible, tetapi banyak benda yang baru aku pelajari… setiap hari aku bersemangat untuk mencuba pelbagai eksperimen aku terpikir nak buat… memberi kepuasan kepada aku…
Tapi bagaimana dengan kerajaan?… aku dulu tak penah pikir pasal jawatan dalam kerajaan, tinggi atau rendah… gaji besar atau tak… cume yang aku pikirkan pasal kerajaaan adalah sikap orang yang bekerja di dalam institusi itu sendiri… mampu atau tak organisasi itu membentuk diri aku supaya menjadi lebih maju… tapi persoalan itu terus dipancung dengan kate-kate Orang Tuh…
” Ko poie Azmi… cubo yo… “..
Apabile mak yang cakap macam tuh?… aku nak cakap macam mane lagi… cakap lah walau sejuta kebaikan bekerja di sektor swasta, harapan dari Orang Tua tetap sama… menjamin masa depan, pencen… pinjaman mudah…
Aku tak pasti arah aku ke mane selepas ini, mungkin swasta mungkin kerajaan… tapi, ape yang menarik semasa aku review balik gred gaji dalam kerajaan adalah, P1T3… agak menarik…
Aku harap aku akan menemui sebuah jawapan… mungkin menunggu jawapan…




Recent Comments